Tuesday 26 March 2013

p4p : day 3 - Pengalaman manis dan kelat campur susu !

Assalamualaikum :)

hari ni macam biasa, pagi yang hening diserikan dengan qiamullail yang bermula seawal 5.30 pagi,. mungkin pada waktu sebegini, masih ramai yang lena diulit mimpi indah,. mungkin ade yang dah sampai ke bulan, bintang, laut, matahari, dan tempat2 lain yang belum diterokai... ^^

then, solat subuh, reciting al-mathurat and also TangKas~

aktiviti hari ni lagi ohsem dan mencabar gitu.. JAMBORI : mencari lokan..
pagi tu, lepas breakfast, terus je pengarah program arahkan kami untuk bersiap2 dan bersedia untuk jambori,. tak sempat nak beriadah punn,,
semasa berkumpul tu, kami sempat berkenalan dengan seorang tourist yang asalnya dari Kashmir tapi menetap di UK.,

kalo tak silap, nama beliau Amar Amir,.

" you can call me Amir. "

" are you a muslim ? "

" yes, of course i'm muslim :) "

ok, next,.

" namo Wan Aiman. buleh panggil Abe Aime "
*beliau ni lah yang mengetuai rombongan meminang mencari lokan nanti.,

" abe biaso ado dekat thailand dan pulau perhentian,. kalu ado kijo sini, baru abe mari sini "

sesi memberi peringatan daripada beliau diteruskan sehingga bunyi enjin bot mula didengari..

" bot sapa doh, buleh laa kito gi naik bot. "

hoyeah, excited kak nor nak naek bot,. first time kutt,.



 

life jacket, mesti pakai untuk keselamatan,.
kecelakaan berlaku dimana-mana,. kan?

misi kami kali ni, nak cari lokan,. tapi sebelum sampai dekat tempat lokan tu tinggal, kami sempat menikmati pemandangan indah di sepanjang sungai yang masih belum diketahui namanya,.
*someone, sape tau name sungai ni, tolong kasi tau :)

subhanallah ! sangat cantik !
*i need more pictures., ohh please ! sape yang bawak kamera haritu, tolong upload dekat fb :)

 
abe dekat belakang tu nak sangat orang snap gamba beliau,. haiyoyo~
tak nampak sangat muka beliau.. hee

akhirnya, sampai jugak ke tempat yang ditunggu-tunggu,. kali ni air surut, selamat sikit..



dekat luar, masih lagi ade air~


bila dah masuk ke dalam, tinggal lumpur je...


nak dijadikan cerita, boleh plak kak nor tersadai di dalam lumpur yang pekat likat tuh ketika tengah syokk habis mencari lokan., haish, asal rasa macam lain je nih ? macam makin dalam je kaki nih ? okaih, kaki kak nor dah takleh nak gerak,. nak angkat kaki pun berat.. anggaran kemasukan kaki ke dalam lumpur mencecah 0.6 meter,. o.O ? betul ke ? yang pasti agak dalam laa..

kebetulan Abe Aime ade di belakang kak nor.,

" Abe, nok wat gano nih ? takleh nak naik dah kaki nih,. lekat ! "
*tetibe terkeluar loghat klate

" try angkat kaki sebelah dulu, bawak pegi tempat lain "

" takleh ni be "
*peluhku tanpa segan silu menampakkan diri mereka.. pheww

" kalu tokleh gak, meh r kito balik blako., tinggal hok ni sini "

=.=' sempat lagi beliau melawak di saat genting macam nih ! haiyyo,.

last2, dengan sokongan moral daripada Abe Aime serta kayu besauu yang dihulurkan oleh seseorang yang kak nor tak perasan sape, dibantu plak oleh ukhti nabilah.. alhamdulillah, selamat,. berjaya jugak kakiku keluar daripada tarikan lumpur yang seakan-akan magnet itu~

" eh, tinggi jugak dyo nih " getus Abe Aime seolah-olah tidak percaya yang kak nor tenggelam agak dalam sebenarnya...

fuhh, pengalaman~
manis dan kelat campur susu !

banyak jugak lokan yang kami kutip,. hampir satu guni,. menurut sumber yang tidak diketahui, geng2 p4p ni dah mencatat rekod tersendiri dengan kutipan lokan yang paling banyak ! whoaa, macam mau pegi jual jep,. tujuan sebenar kami untuk berbarbeque je~ kalo nak jual pun boleh, sekilo 5 hengget..

sape yang tak kenal rupa lokan, meh kak nor tunjuk,.


 
ni dia., si lokan ! ni sume kulit jah~~


selesai mencari lokan, masing2 pun dah mengotorkan diri sendiri, jom kita mandi sungai plak..


wee,. serunuk main air ! macam kanak2 riang sumenye ^^

cari lokan sudah, mandi sungai pun sudah,. agenda seterusnya adalah menikmati ubi keledek rebus dan air kelapa yang memang terbaek ahh !
di tengah2 terik mentari, kami dihidangkan dengan makanan dan minuman sebegini,. memang kena dengan masanya :D

hoyeah, selesai sudah jambori yang mengisi waktu pagi sampai ke tengah hari,. tiba waktu petang, kami ade game. explorace !
walaupun explorace ni dirancang last minit, tapi alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar :D

3 kumpulan, 5 checkpoints~

turutan chekpoints akhawat :

1. guna straw dan tali rafia, jangan kasi pecah bila telur dilepaskan dari tempat tinggi.. hmm


ni hasilnya.. lalala.., berseni gitu :D


2. 2 botol air, satu 7 liter, satu 3 liter, dapatkan air sebanyak 5 liter. how ?



fikir jangan tak fikir ^^

3. guna 30 batang straw utk isi air penuh ke dalam botol 1.5 liter ?

4. terapungkan klip kertas atas air,.

5. guna sekeping kertas, buat satu bulatan tanpa memutuskan kertas tu dan akhirnya, masukkan kesemua kaki ke dalam bulatan kertas tersebut~



yeah, berjaya setelah diberi tunjuk ajar dan dipenalti selama 7 minit.. ekeke

group akhawat paling cepat siapkan semua checkpoints ! tahniah untuk diri sendiri and de gang~ big clap !


p/s: tak larat nak taip dah,
tunggu sambungan yang mencuit hati ketika sedang berbarbeque :D



... muslimah awesOme ...


2 comments:

  1. btw sikit pembetulan ferener tu menetap di UK...asal Kashmir...nama dia amar amir....:)

    ReplyDelete