Monday 25 February 2013

13 perkara wanita perlu jaga

Assalamualaikum :)


1. Bulu kening

Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening – Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng

Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah

3. Wangian

Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang – Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4. Dada

Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka – Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.

5. Gigi

Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

6. Muka dan leher

Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Muka dan Tangan

Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecu ali pergelangan tangan dan wajah saja – Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.

8. Tangan

Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya – Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

9. Mata

Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.

Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.


10. Mulut (suara)

Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik – Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.

Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi – Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.

11. Kemaluan

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.

Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya – Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.

Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.


12. Pakaian


Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah.Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.


Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

13. Rambut

Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.


... muslimah awesOme ...

Tuesday 12 February 2013

Alahai manisnye

Assalamualaikum :)

berada di negeri orang memang seronok kan? banyak benda yang kita bole belajar. banyak tempat yang kita bole lawati. banyak orang yang kita bole kenal. banyak kenangan yang kita bole dapat. dan yang paling penting, banyak makanan yang kita bole makan. hehe. tapi ingat, makan sebelum lapar, berhenti sebelum kenyang :D

sepanjang lebih kurang 2 tahun bermastautin di negeri klate, ana jumpe banyak jenis makanan yang agak unik especially dyorang punye pencuci mulut. dengan namanya yang agak klasik+pelik gitu~
dan sememangnya mereka sume agak manis bagi ana. yelaa, ana tak brape suke makanan manis2. kalo masin, no problem =.='

tengok eh, makanan-makanan dekat sini ...
namanya sira pisang. pisang yang sememangnya manis, ditambah pulak dengan air gula. memang tak tertahan laa manisnya. 

yang ni badak berendam. nampak macam comel je kan~

this is puteri mandi. pernah makan tak.?

ana agak terkesima bila dengar nama kuih ni. tahi itik. haa, kuih ke tahi ni??
siryes manis.


ni jala emas. bukan emas betol eh. emas betol takleh makan okay :D

popia basah. kalau yang dewan selera maktab punye, memang manis. biase ana makan yang kering je. duk kat klate, baru tau popia basah pon ade jugerk.

ape lagi eh pencuci mulut yang unik2 sikit? makanan2 dekat atas ni sume ana jumpe dekat klate. tapi taktau laa kotkot mereka ni asalnye dari negeri lain~

haha, yang pasti, mereka sume memang manis. sampai orang yang makan pon jadi manis2 blake. 

tengoklaa ore tino(perempuan) klate, manis2 jah muko. contohnye neelofa, nelydia senrose, misha omar. sapo lagi? acu oyak sikit~


p/s : special thanks to incek google kerana memberi sumbangan gamba.   peace -_____-


... muslimah awesOme ...

Wednesday 6 February 2013

Tragedi Cinta Masjid

Assalamualaikum :)

*********

sekadar cerita, via facebook -_____-

********

Meet Pink Lady and Blue Boy. Mereka berkawan sejak dari sekolah rendah sehinggalah ke sekolah menengah. Sebab mereka berdua, sama cerdik sama pandai, mereka berjaya ke ‘U’ yang sama bersama-sama. Pink Lady memang suka sangat sama Blue Boy. Tetapi sebagai seorang wanita, Pink Lady malu untuk bertanya apatah lagi meluahkan apa yang dirasakannya pada Blue Boy. Blue Boy pula dilihatnya releks jer. Tak pernah pun cakap ‘Saya suka awak’ ataupun ‘I luv u’. Kias-kias pun tak der..!

Tetapi setiap kali tiba hari raya, Blue Boy tidak pernah lupa kirim kad raya. Ada muzik dan gambar masjid! Cam takder gambar lain. Pink Lady tahu, Blue Boy mesti nak ingatkannya agar jangan lupa ke masjid untuk sembahyang sunat  sebelum pergi kutip duit raya. Begitu juga setiap kali tibanya birthday Pink Lady. Blue Boy tetap akan kirim kad birthday gambar masjid. Handmade gambar masjid tu.

“ Memang awak suka gambar masjid ker?” Pernah Pink Lady bertanya suatu ketika dahulu.

“ Kenapa..ada masalah ker dengan gambar masjid tu. Bukan apa, saya sekadar nak ingatkan awak, awak jangan tinggal solat jika awak tak uzur sebab setiap tahun umur kita akan bertambah, begitulah juga hendaknya dengan amalan kita. Makin bertambah pada setiap tahun”

Panas juga telinga Pink Lady mendengar ceramah percuma dari Blue Boy. Semenjak dari peristiwa itu, Pink Lady dah tak kisah dengan gambar masjid. Alah tegal perkara biasa.



One day, di bawah pohon nan rendang di tepi padang sebuah universiti, kelihatan kelibat Blue Boy tengah releks-releks sambil up date blog menggunakan netbooknya.

Tet..tet.. sms dari Pink Lady.

“Awak kat mana? Ada hal mustahak nak tunjuk dan cerita pada awak”

“ Kat tempat biasa. Saya tengah up date blog. Apa yang mustahak sangat nih..em..awak datanglah jumpa saya.”

“ Okay, awak tunggu saya yer..i’m on my way”


Selepas 10 minit.


“Awak...” Pink Lady main cak-cak ler pula sebaik sahaja tiba di tempat yang di janjikan.

“Oh pocot mak engkau..kus semangat, awak ni kan...” 

Namun terkejut Blue Boy cuma seketika selepas terlihat belon warna pink berbentuk hati dan sekeping kad ditangan Pink Lady. Api cemburu mula membakar sedikit demi sedikit.

“ Awak tahu tak..hari ni adalah hari yang paling happy dalam hidup saya. Dah lama saya tunggu saat ini. Dah lama saya inginkan perkara ini. Awak nak tahu, hari ini saya dapat ni semua dari secret admirelah. Ada orang minat kat saya awak. Ada orang jatuh cinta pada saya..awak. Ada juga orang yang nak kat saya yang tak cantik nih..”

Berseri-seri wajah Pink Lady bercerita pada Blue Boy. Sambil bercerita, mata Pink Lady tetap belek-belek belon dan kad ditangannya. Blue Boy hanya tersenyum yang ternyata amat kelat. 

Dalam hati Blue Boy berkata..

(Comel setanding Lisa Surihani boleh dia kata diri dia tak comel. Memang tak sedar diri awak tu. Rupanya, selama ini awak tidak faham apa erti MASJID yang berpuluh tahun telah saya kirimkan untuk awak. Masjid bermaksud suatu hari nanti apabila tiba tika dan saatnya, kita berdua akan mendirikannya bersama. Waaa..awak tak faham rupanya. Awak, awak tahu tak. Saya amat sayang pada awak. Tapi hari ni..sobsob..nangis Blue Boy dalam hati.)

“ Awak ni apa hal..sedih jer..”

“ Tak der apa pun. Cam biasa jer..”

“ Awak tolong pegang belon dan kad ni kejap yer. Saya nak ke ‘ladies’. Oh, ya..saya nak awak tengok siapa dia gerangan secret admire saya tu. Need your komen.”

Pink Lady meletakkan belon dan kad pada netbook Blue Boy. Terus dia berlari- lari anak ke tempat yang dimaksudkannya. Terkehel-kehel Blue Boy mengambil kad dan belon yang hampir terbang di tiup angin.

Em..boleh tahan kreatif kad nih..Cover depan ada gambar teddy bear peluk heart bertulis..



DAH LAMA SAYA SUKAKAN AWAK..TAPI..



Tapi apa pula nih..tak sanggup pula nak buka dan baca ayat seterusnya. Tapi kalau aku nak tahu kesudahannya, kena juga aku buka kad nih. Aku malas bebenar nak tahu siapakah gerangan pemuda yang berani meluahkan perasaan nih. Remuk hati aku belum terubat. Kalau aku tak buka, bila Pink tanya nanti, apa aku nak jawab. Nanti dia kata aku cemburukan dia pula. Aduihhhh..



Dengan berat hati Blue Boy membuka kad tersebut..




SAYA TIDAK TAHU CARA YANG TERBAIK UNTUK LUAHKAN PADA AWAK. JIKA AWAK SUDI MEMBINA MASJID BERSAMA SAYA, AWAK LEPASKAN BELON PINK INI, BIAR IA BEBAS MELAYANG KERANA CINTA PERLU DI LUAHKAN BUKAN DI PENDAM AGAR CINTA TIDAK TERLEPAS KE TANGAN ORANG LAIN.


PINK LADY..


p/s : Amacam lakonan saya, setanding Lisa Surihani tak?



                                               *****************



Dari jauh, Pink Lady dapat melihat belon Pink melayang tinggi ke awan biru....


Nota :Dalam percintaan, tak boleh main agak-agak nanti korang juga yang nangis..

Friday 1 February 2013

Senior coaching

Assalamualaikum :)

Senior coaching? motifnya nak ajar calon2 SPM tahun ni.. kasi naik sikit dyorang punye markah, insyaAllah... minggu depan dyorang dah nak exam TOV.. so, dengan bantuan senior-senior nih, harap2nye markah korang boleh laa dinaikkan sikit.. okay anak-anak??

hmm, korang ni sebenarnye pandai. cuma kadang-kadang tu, korang tercuai sikit... tertinggal tolak laa, tertinggal tambah laa,... ye dak Luqman?? kak nora pon dulu camtu gak. kena rajin buat latihan laa kalo nak score Addmath ni :D

haha, ni nak perkenalkan anak-anak murid kak nora sikit.. dyorang ni sporting sumenye ^^ best ngaja dyorang !


dari kiri, iqbal, dalilah, faci yang tak berapa nak pandai mengaja, luqman

yang dua orang dekat sebelah kiri tu, dyorang satu kelas.. thanks to dalilah sebab tolong ajarkan iqbal.. iqbal macam malu-malu gitu dengan akak >< yang laen-laen tu okay je.

hah, yang ni sempat amik gamba personal gitu.. yang laen malu-malu kucheng~~

sepatutnya satu group ade 4 orang students dan sorang faci. tapi yang sorang lagi tu dah blah entah kemana.. 

Faci-faci ni plak, kawan-kawan lame kak nora :) dah lame tak jumpa dyorang. huhu., ade fatin, maryam, ika, maisarah, adham, faiz, student imtiaz ade 2 orang... hmm, sape lagi ek? lupe~~ 

cikgu-cikgu pon ade untuk ajar kitorang... sebab kami ni pon bukannye pandai sangat. TERIMA KASIH CIKGU ! (style upin-ipin) cikgu-cikgu AIZEK memang terbaek ah ! sanggup buat kelas untuk students2 ni.. haa, korang yang nak amik exam tu, kenalah hargai pengorbanan cikgu okay. belajar rajin-rajin, tau ! 

so, mulai minggu ni, kami diisytiharkan sebagai guru-guru muda yang insyaAllah akan mengajar calon-calon SPM ni pada setiap hujung minggu !

saye suke, saye suke :D



... muslimah awesOme ...