Sunday 20 January 2013

Kerja cuti sekolah

Assalamualaikum :)

Kerja cuti sekolah? homework ke? sejak bila pulak cik nora masuk sekolah balik ni? nak ambik SPM sekali lagi ke?

banyak persoalan yang berada di minda,
banyak tanda tanya dan juga kata kerja~~~
bla bla bla


cik nora sebenarnya nak ceritakan pengalaman bekerja dekat kamu sume. bekerja setelah cuti daripada sekolah. hehe.

baru-baru ni, setelah puan emak pulang ke rumah selepas bersiar-siar ke taktau kemana rumah sedare-mare kot, puan emak pon berkata sebegini dalam nada arahan.

" pok asan ajak kerja dengan dye. esok gi ikut pok asan. "

cik nora beres je kalo ade orang ajak kerja nih. dah sebulan lebih cik nora duk menambah lemak dan saiz badan di rumah. hasrat untuk bekerja tu memang dah lame ade tapi masalahnya, cik nora tak pandai bawak motor. kereta? lagilah tak pandai =.='
habis tu macam mane cik nora nak pegi kerja nanti? hehe. cik nora tumpanglah incek ayah pergi ke rumah pok asan. then, cik nora ikutlah pok asan pergi kerja :) settle masalah.

okay. cik nora sekarang ni dah lebih kurang dua minggu kerja dengan pok asan. kerja ape? tolong beliau berniaga je... tolong-tolong jugak, tapi gaji masyukk ! :D

mase first-first kerja tu, memang cik nora dah jatuh hati dengan kerja sebegini. tau-tau jelah. kerja dengan duit. orang datang membeli, mestilah hulur duit kan? wohho, rase macam duit itu ana yang punya !
tapi ingat, jangan gatal-gatal tangan pulak nak mencuri ye cik nora. tak baek !

menu yang paling special yang cik nora jual adalah.......




ROTI PAUNG


cik nora selalu je dengar customer duk puji kelembutan roti tu. kalo tengah panas lagi, memang kelembutan roti tersebut mencapai tahap maksimum lah..

dengan baunya yang mengancam ditambah pulak dengan tekstur yang lembut serta mengandungi inti yang sodapp, nak-nak pulak dimakan setelah roti paung tersebut baru siap dibakar, fuhhh ! sape-sape yang makan tu memang akan teringat-ingat lah. ahaks.

harganya pulak cik nora rasa berpatutan lah.



RM 2.50 sebijik. okay lah tu kan ?

ni plak gerai tempat cik nora berniaga. 
gambar tak brape cantek laa =.='

" kak, roti paung kaya ade? " 

" kak, roti paung planta ade? "

" kelapa ade? "

" nak kacang. ade? " 

(setakat ni roti berinti kaya dan planta yang mempunyai ramai peminat. yang lain tu suam-suam kuku je)

hah, diorang panggil cik nora kak ! okay fine. cik nora takdelah tua sangat. haha. but, it's okay lah. takkan nak panggil adik kot =.=' walaupon cik nora memang yakin dan pasti 199 percent yang customer cik nora lebih dewasa daripada cik nora. sebab mereka sume warga universiti. mostly students laa...

dah, sesi mempromosi roti paung sampai di sini sahaja. rase macam dah lari tajuk nih ><

yeah, kalo kita bekerja secara ikhlas, memang seronok kan?

sememangnya kerja cik nora ni takdelah berat sangat, setakat layan customer je. masukkan kuih dalam plastik, then hulurkan plastik tersebut dekat customer. pastu amik duit sambil buat muka comel plus ayu seraya mengucapkan terima kasih. that's all. senang kan?

tujuan utama cik nora bekerja ni bukan saje-saje je tau. dapat gaji then pegi jolly tak ingat dunia. no no no ! cik nora nak kumpul duit, mau beli laptop !


whoaa, laptop !

but why laptop? why ?

... muslimah awesOme ...