Tuesday 26 March 2013

p4p : day 3 - Pengalaman manis dan kelat campur susu !

Assalamualaikum :)

hari ni macam biasa, pagi yang hening diserikan dengan qiamullail yang bermula seawal 5.30 pagi,. mungkin pada waktu sebegini, masih ramai yang lena diulit mimpi indah,. mungkin ade yang dah sampai ke bulan, bintang, laut, matahari, dan tempat2 lain yang belum diterokai... ^^

then, solat subuh, reciting al-mathurat and also TangKas~

aktiviti hari ni lagi ohsem dan mencabar gitu.. JAMBORI : mencari lokan..
pagi tu, lepas breakfast, terus je pengarah program arahkan kami untuk bersiap2 dan bersedia untuk jambori,. tak sempat nak beriadah punn,,
semasa berkumpul tu, kami sempat berkenalan dengan seorang tourist yang asalnya dari Kashmir tapi menetap di UK.,

kalo tak silap, nama beliau Amar Amir,.

" you can call me Amir. "

" are you a muslim ? "

" yes, of course i'm muslim :) "

ok, next,.

" namo Wan Aiman. buleh panggil Abe Aime "
*beliau ni lah yang mengetuai rombongan meminang mencari lokan nanti.,

" abe biaso ado dekat thailand dan pulau perhentian,. kalu ado kijo sini, baru abe mari sini "

sesi memberi peringatan daripada beliau diteruskan sehingga bunyi enjin bot mula didengari..

" bot sapa doh, buleh laa kito gi naik bot. "

hoyeah, excited kak nor nak naek bot,. first time kutt,.



 

life jacket, mesti pakai untuk keselamatan,.
kecelakaan berlaku dimana-mana,. kan?

misi kami kali ni, nak cari lokan,. tapi sebelum sampai dekat tempat lokan tu tinggal, kami sempat menikmati pemandangan indah di sepanjang sungai yang masih belum diketahui namanya,.
*someone, sape tau name sungai ni, tolong kasi tau :)

subhanallah ! sangat cantik !
*i need more pictures., ohh please ! sape yang bawak kamera haritu, tolong upload dekat fb :)

 
abe dekat belakang tu nak sangat orang snap gamba beliau,. haiyoyo~
tak nampak sangat muka beliau.. hee

akhirnya, sampai jugak ke tempat yang ditunggu-tunggu,. kali ni air surut, selamat sikit..



dekat luar, masih lagi ade air~


bila dah masuk ke dalam, tinggal lumpur je...


nak dijadikan cerita, boleh plak kak nor tersadai di dalam lumpur yang pekat likat tuh ketika tengah syokk habis mencari lokan., haish, asal rasa macam lain je nih ? macam makin dalam je kaki nih ? okaih, kaki kak nor dah takleh nak gerak,. nak angkat kaki pun berat.. anggaran kemasukan kaki ke dalam lumpur mencecah 0.6 meter,. o.O ? betul ke ? yang pasti agak dalam laa..

kebetulan Abe Aime ade di belakang kak nor.,

" Abe, nok wat gano nih ? takleh nak naik dah kaki nih,. lekat ! "
*tetibe terkeluar loghat klate

" try angkat kaki sebelah dulu, bawak pegi tempat lain "

" takleh ni be "
*peluhku tanpa segan silu menampakkan diri mereka.. pheww

" kalu tokleh gak, meh r kito balik blako., tinggal hok ni sini "

=.=' sempat lagi beliau melawak di saat genting macam nih ! haiyyo,.

last2, dengan sokongan moral daripada Abe Aime serta kayu besauu yang dihulurkan oleh seseorang yang kak nor tak perasan sape, dibantu plak oleh ukhti nabilah.. alhamdulillah, selamat,. berjaya jugak kakiku keluar daripada tarikan lumpur yang seakan-akan magnet itu~

" eh, tinggi jugak dyo nih " getus Abe Aime seolah-olah tidak percaya yang kak nor tenggelam agak dalam sebenarnya...

fuhh, pengalaman~
manis dan kelat campur susu !

banyak jugak lokan yang kami kutip,. hampir satu guni,. menurut sumber yang tidak diketahui, geng2 p4p ni dah mencatat rekod tersendiri dengan kutipan lokan yang paling banyak ! whoaa, macam mau pegi jual jep,. tujuan sebenar kami untuk berbarbeque je~ kalo nak jual pun boleh, sekilo 5 hengget..

sape yang tak kenal rupa lokan, meh kak nor tunjuk,.


 
ni dia., si lokan ! ni sume kulit jah~~


selesai mencari lokan, masing2 pun dah mengotorkan diri sendiri, jom kita mandi sungai plak..


wee,. serunuk main air ! macam kanak2 riang sumenye ^^

cari lokan sudah, mandi sungai pun sudah,. agenda seterusnya adalah menikmati ubi keledek rebus dan air kelapa yang memang terbaek ahh !
di tengah2 terik mentari, kami dihidangkan dengan makanan dan minuman sebegini,. memang kena dengan masanya :D

hoyeah, selesai sudah jambori yang mengisi waktu pagi sampai ke tengah hari,. tiba waktu petang, kami ade game. explorace !
walaupun explorace ni dirancang last minit, tapi alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar :D

3 kumpulan, 5 checkpoints~

turutan chekpoints akhawat :

1. guna straw dan tali rafia, jangan kasi pecah bila telur dilepaskan dari tempat tinggi.. hmm


ni hasilnya.. lalala.., berseni gitu :D


2. 2 botol air, satu 7 liter, satu 3 liter, dapatkan air sebanyak 5 liter. how ?



fikir jangan tak fikir ^^

3. guna 30 batang straw utk isi air penuh ke dalam botol 1.5 liter ?

4. terapungkan klip kertas atas air,.

5. guna sekeping kertas, buat satu bulatan tanpa memutuskan kertas tu dan akhirnya, masukkan kesemua kaki ke dalam bulatan kertas tersebut~



yeah, berjaya setelah diberi tunjuk ajar dan dipenalti selama 7 minit.. ekeke

group akhawat paling cepat siapkan semua checkpoints ! tahniah untuk diri sendiri and de gang~ big clap !


p/s: tak larat nak taip dah,
tunggu sambungan yang mencuit hati ketika sedang berbarbeque :D



... muslimah awesOme ...


p4p : day 2 - Pengembaraan bermula

Assalamualaikum :)

day 2, pengembaraan bermula,. eceh.. 
sejuk ! eh, asal sejuk sangat kaki nih ? fon di tepi bantal ditekan punatnya, nak tengok jam,. pukul 4 lebih ?! awal lagi nih,. kejap2,... sikit lagi~
ok, dah pukul 5 lebih,. bangun dan terus siap2 untuk qiam :)

qiam pagi tu diketuai oleh akhi izzat selaku ketua rohani,. sempat laa kami tunaikan solat sunat tahajjud, taubat, hajat dan akhir sekali witir sebelum azan subuh berkumandang,. lepas solat subuh, kami semua bermathurat dan seterusnya tazkirah ringkas dalam keadaan masing2 tersengguk-sengguk akibat kemengantukan yang teramat sangat ! =.='

seterusnya masing2 bersiap untuk senaman pagi,. tengah2 bersiap, terpandang katil yang basah ! basah ! ohohoi, patutlaa sejuk sangat kaki kak nor,. rupa-rupanya air daripada air-cond membuat terjunan tepat2 ke atas kakiku =.='

nah, terungkai sudah perbuatan air-cond yang agak tidak patut itu., ekeke~
pagi tu, kami ade senaman sikit,.. then jogging2 sikit sampai laa ke atas jambatan yang merentasi selat tebrau sungai tatau nama.., hehe., 

cantik kan pemandangan dekat belakang tu xD

lepas bersenam yang kononnya dah turun 1/2 kilogram berat badan, kami pun tanpa berfikir panjang menjamu breakfast untuk menaikkan semula berat badan.. eh ?

perut dah diisi, maka dengan ini, pengembaraan pun bermula., baru nak mula ? intro panjang sangat eh ? rilex laa,.

program hari ni best ! pegi rumah anak2 yatim a.k.a Asrama Pekayatim., mereka sume ni menghafaz al-quran sepenuhnya tau., best kenal dyorang :D

ASRAMA PEKAYATIM
pusat pengajian tahfiz al-quran

banyak laa aktiviti yang dibuat., pagi tu sebelum solat jumaat, ikhwah and de geng ade aktiviti melukis gitu,. melukis gambaran future mereka,. dan seterusnya present balik ape yang dyorang lukis., yang kak nor sempat tengok, akhi hariz punye lukisan., cantik !

kami plak, akhwat and our geng ade game tersendiri., 

game ala2 shopping gitu,. bagi duit, then mintak dyorang kumpulkan duit tu untuk beli barang yang ditentukan harganya.

motifnya, nak kasi tau bahawa walaupun anda ni nampak seperti tidak bernilai, tapi sebenarnya anda ni ada gunanya okaih ~
*betul ke motif nih ?

ni game copy mengopy., eheh.. 
mau kasi tajam sikit ingatan adik2 kita nih ^^

selesai semua game, ikhwah dan adik2 ni diceriakan lagi dengan tarian k-pop. k-pop ? biar btol ! kalo tak silap, lagu tu bertajuk Sollu Ala Muhammad.. 
berselawat sambil menari ala k-pop., bagus kan ?

kami plak akhwat ni, macam biasa laa,. sibuk dengan persiapan makan tengahari., takleh nak join menari,. huhu.. lepas mereka sume balik daripada solat jumaat, mesti sume lapar kan ? okaih, jom makan !

tengok akhi berkaca mata tuh, tak makan lagi dah thumbsup., 
bila dah makan, memang tak terkata laa sedapnya,.
nak2 makan dalam talam ! memang terbaek.

aktiviti seterusnya bagi ikhwah, membina sangkar arnab,. sangkar je ? arnab nye ade ke tak eh ? emm, emmm.. hehe

untuk akhwat plak, kami nak main masak2,. nak buat kek batik ! sodappp~

first step, patah2 kan biskut marie., sonang jah.. kacang.,

seterusnya, masukkan serbuk koko, buttercup, susu dan esen vanila,. kacau sebati. kalo tak sebati, masukkan air panas,.

bila dah sebati camni, masukkan biskut marie,. kacau rata,.

oleh sebab mereka ni budak2, hiasan pun macam budak2 jugak la,.. tabur bintang2 sikit,... masukkan dalam fridge., dah siap !

selesai solat asar, lepas potong kek batik, kami pun ade sesi bergambar,. macam biasa laa kan,. sebagai kenangan~

sedih.. nak balik dah :'(

papepun, melawat mereka di rumah anak yatim ni memang ohsem !


model2 madu kelulut..

lepas balik daripada Asrama Pekayatim, kami para akhwat meminta izin daripada Cik Yah, the owner of Min House Camp untuk melawat Galeri Lebah Kelulut yang letaknya hanya beberapa langkah daripada tempat penginapan kami,. senang cerita, Galeri ni letaknya betul2 depan tempat penginapan akhwat :) 

sempat jugak kami temu ramah Cik Yah yang sememangnya peramah orangnya.., Cik Yah siap kasi kitorang rasa madu2 yang dihasilkan oleh lebah kelulut,. ada yang pahit, manis, masam,... nyum2, memang sedap~~

setelah berserunuk di siang hari, malam hari pula diisi dengan slot kerohanian., bertajuk 'Ghawatul Fikri' daripada Dr. Marzuki Omar,.

walaupun mata dah tak berapa nak larat untuk dibuka, tapi telinga dan hati masih boleh dipujuk untuk memberikan sedikit perhatian terhadap apa yang disampaikan.., insyaAllah input2 berguna masuk telinga kanan dan tersekat di dalam otak serta hati :)



p/s : day 3 bakal menyusul tak lama lagi, nantikan~

... muslimah awesOme ...




Monday 25 March 2013

p4p : day 1 - Excited

Assalamualaikum :)

 

It was 'sumpahly' ohsem ! yeah, ayat ni paling sesuai untuk kasi korang jeles., eheh.

ape yang ohsem sangat tu kak nor oiii.., ce cite, ce cite :)

excited bebenor nak cite nih., macam mane nak start eh ? emm, emmm,,,..
kite start dari mula okaih :) lepas amik result dekat maktab, tak sempat nak jumpe cikgu2, kawan2 yang lain, terus je ukhti nabilah ajak kak nor ikut beliau,.

" nak pegi mane nih? saye tak solat zohor lagi laa.. "

" emm, cepatlaa solat., solat qasar jelaa, boleh kan ? "

tengok, punyelaa beliau ni bimbang dengan incek boss yang kononnye tengah mengamuk dalam kereta sebab lambat,.. hadoi.,, chill lah nabilah,. incek boss tak makan orang pun =.=' kan kan ?

so, lepas solat tu, kak nor ikut jelaa nabilah sampai kitorang terlupa dekat seseorang.,.. waduhh waduhh, parah nih,.. kesian ukhti syamilah dekat maktab, alone --'


banyak kali syamilah kol nabilah dengan kak nor dengan harapan kitorang boleh pinjam kereta incek boss untuk amik beliau dekat maktab., eheh :D
soo sorry laa syamilah, kitorang tak sengaje .,



akhirnya syamilah sampai jugak dekat Min House Camp dengan bantuan ikhwah dan jugak ukhti aisyah,. alhamdulillah..

sebut pasal Min House Camp, subhanallah !
bilik disejukkan dengan air-cond bersuhu 16 degree celcius (xD), wifi di semua tempat, pemandangan yang indah di tepi sungai, habitat lebah kelulut di marata-rata tempat, kucing yang gebu-gebu belaka ! memang ohsem ^^

Min House Camp yang tersangat selesa :D

lepas sesi pendaftaran di waktu petang, malam tu kami semua cuma ade sesi taaruf., almaklumlaa, program Proud For Paradise (p4p) ni bukannye dihadiri students maktab kami jee., students maahad al-manar ade, abe di, thaqif, izzat, muzakkir dan ramai lagi.., ahah, seronok dapat kawan baru !

namun begitu, takziah diucapkan kepada peserta yang disangkakan panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari,. alamak, tetibe :) banyak kali mintak confirmation, sampai bayaran pun dikurangkan, tapi.... apekan daya~


mungkin mereka punya alasan tersendiri untuk tidak menghadirkan diri,.
atau mungkin jugak, mereka fikir : 

" apelah sangat aktiviti yang boleh dibuat dengan bayaran ciput camtu., baik duk umah, lagi best ! " (ohoi, don't judge a fruit by its kulit...)

" aku sedih laa dengan result spm ni,. rase taknak keluar rumah dah, nak tido je sepanjang hari. "

takpelaa, ade hikmah disebalik semua ni :D


 
ehem-ehem, aisyah, syafiah, hasanah, huda

 
fauzi, muzakkir, thaqif

 
izzat, fauzi again :D

kami dapat kawan baru ! hoyeah xD

*nak gamba abe di~

p/s : nantikan kemunculan day 2 yang ohsem ! 


... muslimah awesOme ...

Sunday 3 March 2013

Proud 4 Paradise


Assalamualaikum :)

BUAT PENCHENTA KEBAIKAN! AYUH!


*terutamanya mereka yang ingin menghabiskan cuti dengan pertemuan yang osem! jom ber'cipika-cipiki' sebentar! CSR! dan macam-macam lagi! Moga ketemu kita di sana!

BUAT PENCHENTA KEBAIKAN! AYUH!

http://proudforparadise.blogspot.com/

*terutamanya mereka yang ingin menghabiskan cuti dengan pertemuan yang osem! Alang-alang dah balik Kelantan untuk ambil result SPM, jom ber'cipika-cipiki' sebentar! CSR! dan macam-macam lagi! Moga ketemu kita di sana!

SEBAR!

... muslimah awesOme ...