Tuesday 26 March 2013

p4p : day 2 - Pengembaraan bermula

Assalamualaikum :)

day 2, pengembaraan bermula,. eceh.. 
sejuk ! eh, asal sejuk sangat kaki nih ? fon di tepi bantal ditekan punatnya, nak tengok jam,. pukul 4 lebih ?! awal lagi nih,. kejap2,... sikit lagi~
ok, dah pukul 5 lebih,. bangun dan terus siap2 untuk qiam :)

qiam pagi tu diketuai oleh akhi izzat selaku ketua rohani,. sempat laa kami tunaikan solat sunat tahajjud, taubat, hajat dan akhir sekali witir sebelum azan subuh berkumandang,. lepas solat subuh, kami semua bermathurat dan seterusnya tazkirah ringkas dalam keadaan masing2 tersengguk-sengguk akibat kemengantukan yang teramat sangat ! =.='

seterusnya masing2 bersiap untuk senaman pagi,. tengah2 bersiap, terpandang katil yang basah ! basah ! ohohoi, patutlaa sejuk sangat kaki kak nor,. rupa-rupanya air daripada air-cond membuat terjunan tepat2 ke atas kakiku =.='

nah, terungkai sudah perbuatan air-cond yang agak tidak patut itu., ekeke~
pagi tu, kami ade senaman sikit,.. then jogging2 sikit sampai laa ke atas jambatan yang merentasi selat tebrau sungai tatau nama.., hehe., 

cantik kan pemandangan dekat belakang tu xD

lepas bersenam yang kononnya dah turun 1/2 kilogram berat badan, kami pun tanpa berfikir panjang menjamu breakfast untuk menaikkan semula berat badan.. eh ?

perut dah diisi, maka dengan ini, pengembaraan pun bermula., baru nak mula ? intro panjang sangat eh ? rilex laa,.

program hari ni best ! pegi rumah anak2 yatim a.k.a Asrama Pekayatim., mereka sume ni menghafaz al-quran sepenuhnya tau., best kenal dyorang :D

ASRAMA PEKAYATIM
pusat pengajian tahfiz al-quran

banyak laa aktiviti yang dibuat., pagi tu sebelum solat jumaat, ikhwah and de geng ade aktiviti melukis gitu,. melukis gambaran future mereka,. dan seterusnya present balik ape yang dyorang lukis., yang kak nor sempat tengok, akhi hariz punye lukisan., cantik !

kami plak, akhwat and our geng ade game tersendiri., 

game ala2 shopping gitu,. bagi duit, then mintak dyorang kumpulkan duit tu untuk beli barang yang ditentukan harganya.

motifnya, nak kasi tau bahawa walaupun anda ni nampak seperti tidak bernilai, tapi sebenarnya anda ni ada gunanya okaih ~
*betul ke motif nih ?

ni game copy mengopy., eheh.. 
mau kasi tajam sikit ingatan adik2 kita nih ^^

selesai semua game, ikhwah dan adik2 ni diceriakan lagi dengan tarian k-pop. k-pop ? biar btol ! kalo tak silap, lagu tu bertajuk Sollu Ala Muhammad.. 
berselawat sambil menari ala k-pop., bagus kan ?

kami plak akhwat ni, macam biasa laa,. sibuk dengan persiapan makan tengahari., takleh nak join menari,. huhu.. lepas mereka sume balik daripada solat jumaat, mesti sume lapar kan ? okaih, jom makan !

tengok akhi berkaca mata tuh, tak makan lagi dah thumbsup., 
bila dah makan, memang tak terkata laa sedapnya,.
nak2 makan dalam talam ! memang terbaek.

aktiviti seterusnya bagi ikhwah, membina sangkar arnab,. sangkar je ? arnab nye ade ke tak eh ? emm, emmm.. hehe

untuk akhwat plak, kami nak main masak2,. nak buat kek batik ! sodappp~

first step, patah2 kan biskut marie., sonang jah.. kacang.,

seterusnya, masukkan serbuk koko, buttercup, susu dan esen vanila,. kacau sebati. kalo tak sebati, masukkan air panas,.

bila dah sebati camni, masukkan biskut marie,. kacau rata,.

oleh sebab mereka ni budak2, hiasan pun macam budak2 jugak la,.. tabur bintang2 sikit,... masukkan dalam fridge., dah siap !

selesai solat asar, lepas potong kek batik, kami pun ade sesi bergambar,. macam biasa laa kan,. sebagai kenangan~

sedih.. nak balik dah :'(

papepun, melawat mereka di rumah anak yatim ni memang ohsem !


model2 madu kelulut..

lepas balik daripada Asrama Pekayatim, kami para akhwat meminta izin daripada Cik Yah, the owner of Min House Camp untuk melawat Galeri Lebah Kelulut yang letaknya hanya beberapa langkah daripada tempat penginapan kami,. senang cerita, Galeri ni letaknya betul2 depan tempat penginapan akhwat :) 

sempat jugak kami temu ramah Cik Yah yang sememangnya peramah orangnya.., Cik Yah siap kasi kitorang rasa madu2 yang dihasilkan oleh lebah kelulut,. ada yang pahit, manis, masam,... nyum2, memang sedap~~

setelah berserunuk di siang hari, malam hari pula diisi dengan slot kerohanian., bertajuk 'Ghawatul Fikri' daripada Dr. Marzuki Omar,.

walaupun mata dah tak berapa nak larat untuk dibuka, tapi telinga dan hati masih boleh dipujuk untuk memberikan sedikit perhatian terhadap apa yang disampaikan.., insyaAllah input2 berguna masuk telinga kanan dan tersekat di dalam otak serta hati :)



p/s : day 3 bakal menyusul tak lama lagi, nantikan~

... muslimah awesOme ...




3 comments: