Friday 19 April 2013

Islamic Version

Assalamualaikum :)

petang2 cenggini, ditemani hujan rahmat yang turun dengan izinNya, kite pun taktau nak buat ape, nak keluar jalan2 pun tak buleh, jadi kite layan parody jelaa sekali lagi ek :D 




Sayang apa khabar dengan mu
Di sini ku merisaukan kamu
Ku harap iman mu takkan berubah
Kerna di sana ada syurga untukmu


Sayang apa khabar dengan mu
Cobalah kamu jaga imanmu
Ku rayu kalau keluar rumahmu
tutuplah aurat untuk jaga dirimu.


Sayang dengarlah permintaan ku
Jangan ragu kan Tuhan mu
Sayang percayalah apa kataku
Tuhanmu hanya satu.


Sayang dengarlah permintaanku
Jaga taqwa dan imanmu
Sayang hancurkan bisikan jahatmu
itu pesan Tuhanmu.


sayang versi islamik,
nyanyian syaraf yusof and de gang~

... muslimah awesOme ...



Thursday 18 April 2013

Gwiyomi ? Makhluk apekah itu ?

Assalamualaikum :)

sekarang ni, macam2 cara yang direka, disebar dan diikut oleh masyarakat kite, orang melayu,.. haish =.='

dulu gangjahanam style, lepas tu goncang haram (harlem shake), pastu sekarang tetibe je kak nor tengok tengah merebak pasal gwiyomi,.

gwiyomi ? makhluk apekah ?


ianya merupakan sejenis mi maggi yang direbus empuk dan dikunyah menggunakan gigi bersama wasabi serta sushi~

nyumnyum, sungguh enak dimakan begitu saja ! 

hahaha...

layan parody lagi syokk~





setelah ditanya incek gugel, maka inilah jawapan yang beliau kasi dekat kak nor :)


Gwiyomi (pronounced as Kiyomi) is a South Korean internet slang term meaning “cute” or a “cute person” used in somewhat similar vein to the Japanese term “Kawaii.” Composed and performed by two South Korean aspiring musicians Dandi and Hari, the song was originally uploaded in late January 2013 and officially released as a digital single on February 18th, 2013..

bla bla bla bla...

yang pasti gwiyomi ni sejenis lagu korea yang memberi maksud ala-ala kiut gitu ><



... muslimah awesOme ...


Tuesday 9 April 2013

p4p : day 3 (sambungan) - Pesan Min

Assalamualaikum :)

setelah 2 minggu plus plus meninggalkan Min House Camp, tempat program Proud For Paradise dijalankan, rasa rindu untuk menghadiri program sebegitu pada lain masa mula membuak-buak bak gunung Merapi yang tak sabar2 untuk memuntahkan laharnya,. eceh :D

muqaddimah.
oleh sebab kak nor dah janji nak tulis sambungan day 3, maka dengan ini, janji dicapati,. eh ?

sedang kami menjamu selera dengan berseleranya di meja makan yang diterangi lampu berwarna-warni yang meromantikkan lagi suasana, tiba-tiba~

" sapo nak beli baju ni. gomo klate gomo. so, limo ya sambil jari yang diangkat menunjukkan tanda 3,. "

" takdop warno lain ko ? warno merah ado ? "

" baju ni, gomo klate gomo,. limo ya so., "

heheh, beginilah lebih kureng dialog yang berlaku antara Min dengan Akhi Hariz.

sape Min ? Min Camp House,. Min ni anak kepada owner of this Camp House,.
walaupun beliau istimewa, akan tetapi tutur katanya penuh dengan kata-kata nasihat,.

entah bagaimana, Min mula mengeluarkan kata-kata nasihatnya dan ditujukan khas kepada akhi Hariz,.

point paling penting yang disampaikan :

" rokok, tokleh ! jange hisap rokok ! nanti sakit jantung ! janji eh... "

" ye janji. Hariz tak hisap rokok. "

" janji ! "

" iye,. hariz janji "

beberapa kali Min meminta akhi Hariz untuk berjanji dengannya seolah-olah akhi Hariz telah melakukan kesalahan besar itu di hadapannya, walhal menurut akhi Hariz, seumur hidupnya tidak pernah beliau menghisap rokok.,

fuhh, berpeluh-peluh akhi Hariz melayan kerenah Min yang berlanjutan hampir setengah jam,.


selesai dengan kes yang tak disangka-sangka itu, kami mula bergerak ke dewan utama untuk sesi seterusnya, Public Speaking..

fakta, pendapat, luahan hati, semuanya dikongsi bersama sesuai dengan tajuk yang telah diberikan,.

" kereta kancil tu memang SEXY ! " thaqif



... muslimah awesOme ...



Monday 1 April 2013

Copypasta : Dr. to be? please read

Assalamualaikum :)

nah, kepada bakal2 dokter yang tengah pening nak amik medik ke tak, nak amek ke tak, silalah bace,. 

" dengar kata students yang amik medik ni dah berlambak2,.. takut nanti, bile dah habes blaja, takde keje =.=' "

wait wait, jangan buat tuduhan melulu okaih,. bace ni dulu :)

question (Q) and answer (A) with Prof. Dr Abdul Latiff Mohamed.

*sila jangan pelik dengan nama Ahmad Zahin Zulkipli dalam conversation di bawah,.

beliau merupakan subjek yang diminta tolong oleh rakan2 untuk mengajukan soalan kepada Prof,. eheh :)

*********

Q : saya just nak tahu satu benda.. apa status bilangan doktor di malaysia..kalau boleh dapat bagi angka yang tepat lagi baik..boleh tak Ahmad Zahin Zulkipli..tqvm 
A : Doktor di Malaysia sekarang ni amat diperlukan. Salah satu masalah yang terdapat di Malaysia ialah kurangnya hospital yang mana amat diperlukan bagi menempatkan doktor-doktor pelatih ini. Terus dengan impian anda. Terutamanya dalam melahirkan lebih ramai doktor muslim.

***

Q : belajar medic gn pergigian mana lebih tough and kalau pergigian di mana yg elok ? Hee terimakasih bro..

A : Pergigian semestinya lagi tough dan masa pembelajaran juga lebih lama berbanding medic. Dalam medic akan belajar juga silibus pergigian sebagai sub silibus. Di sini Prof Latiff menyarankan bagi mereka yang hendak mengambil dentistry agar pergi ke luar negara seperti Mesir, UK atau India. Hal ini kerana universiti tempatan meletakkan kuota yang amat sikit untuk pelajar pergigian dan kadar pesaingan yang tinggi dengan pelajar asasi dan matrikulasi.

***

Q : tanya dia , susah x blajar cardiologist ? can we do cardiology and thoracic together ? or do we have to take it individually ? tqvm 
A : Bila saya tanya kepada beliau hasrat saya untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang pakar. Tiba-tiba beliau tersenyum. Beliau berkata, dalam bidang perubatan ini ada tiga HALANGAN yang perlu ditempuh sebelum anda benar-benar layak menjadi doktor yang diiktiraf.

PERTAMA : Tatkala Foundation nanti (Matrik, IB, A-level dsb)
KEDUA : Dalam melengkapkan degree (MD, MBBS dsb). Kesabaran dan kecekalan amat diperlukan dalam masa 6 tahun ini
KETIGA : 2 tahun Housemanship (HO). 

Beliau kata, selepas anda habis ketiga2 halangan ini, selepas itu barulah anda jumpa saya dan kita akan bincang mengenai bidang pakar.

***

Q : Zahin , please ask him whether further studying abroad(oversea) secure medical job in m'sia? some people claimed that its susah sikit sebab penyakit kat luar negara x sama ngn penyakit kat m'sia.. so , ada yg kena buat balik HO 2 tahun pulak kat m'sia to adapt m'sians diseases..harap terungkailah persoalan ni.. muchos grasias 

A : Beliau amat menggalakkan students untuk habiskan study degree secepat yang mungkin di MALAYSIA dan sambung Master & PhD di oversea. Antara sebabnya ialah kita lebih matang untuk study di luar negara. Maksud matang di sini ialah, dengan basic knowledge ini degree yang kita belajar di Malaysia akan menjadikan kita lebih passion untuk menggali lebih banyak ilmu di Oversea. Then, hubungan kita dengan Prof di sana seperti kita dgn rakan bukan seperti anak murid dan tok guru. Plus, keadaan hidup kita lebih stabil dengan keluarga dan sumber kewangan yang kukuh. Aneys Nabella, tidak juga. Kerana ia bergantung dengan program apa yang anda ambil. Jika program twinning ia akan memberikan satu langkah bijak dengan menghabiskan 3 tahun klinikal (3 tahun akhir) di Malaysia. Kebanyakkannya medical students yang balik oversea akan ada satu exam sebelum mereka sambung HO di Malaysia.

***

Q : Salam. Tanye dia ap nasihat dia untuk bakal dktor ni, shud the students apply for this course or tak. Yelaa, org kata jd dktor takde life -.-' ok, thnks 

A : Prof kata, sabar wahai doktor.. Life kamu akan menjadi kosong dalam masa dua tahun sahaja (HO duration). Selepas anda mendapat pentauliahan sebagai doktor yang boleh merawat, pilih jalan mana yang kamu nak pilih; sambung master, setup klinik, buat locum (doktor yang bekerja secara sambilan di klinik lain), dsb.. Maka nikmatilah rezeki yang mencurah-curah (gaji tinggi) lantaran usaha dan penat lelah kamu semua.

***

Q : Hospital yg baik untul buat HO??bandar or luar bandar..
A : Depends to the person. HO ni kita boleh pohon nak di mana tapi yang menetukan ialah Kementerian Kesihatan Malaysia.

WALLAHUALAM. Go doctors go!



... muslimah awesOme ...