Monday 1 April 2013

Copypasta : Dr. to be? please read

Assalamualaikum :)

nah, kepada bakal2 dokter yang tengah pening nak amik medik ke tak, nak amek ke tak, silalah bace,. 

" dengar kata students yang amik medik ni dah berlambak2,.. takut nanti, bile dah habes blaja, takde keje =.=' "

wait wait, jangan buat tuduhan melulu okaih,. bace ni dulu :)

question (Q) and answer (A) with Prof. Dr Abdul Latiff Mohamed.

*sila jangan pelik dengan nama Ahmad Zahin Zulkipli dalam conversation di bawah,.

beliau merupakan subjek yang diminta tolong oleh rakan2 untuk mengajukan soalan kepada Prof,. eheh :)

*********

Q : saya just nak tahu satu benda.. apa status bilangan doktor di malaysia..kalau boleh dapat bagi angka yang tepat lagi baik..boleh tak Ahmad Zahin Zulkipli..tqvm 
A : Doktor di Malaysia sekarang ni amat diperlukan. Salah satu masalah yang terdapat di Malaysia ialah kurangnya hospital yang mana amat diperlukan bagi menempatkan doktor-doktor pelatih ini. Terus dengan impian anda. Terutamanya dalam melahirkan lebih ramai doktor muslim.

***

Q : belajar medic gn pergigian mana lebih tough and kalau pergigian di mana yg elok ? Hee terimakasih bro..

A : Pergigian semestinya lagi tough dan masa pembelajaran juga lebih lama berbanding medic. Dalam medic akan belajar juga silibus pergigian sebagai sub silibus. Di sini Prof Latiff menyarankan bagi mereka yang hendak mengambil dentistry agar pergi ke luar negara seperti Mesir, UK atau India. Hal ini kerana universiti tempatan meletakkan kuota yang amat sikit untuk pelajar pergigian dan kadar pesaingan yang tinggi dengan pelajar asasi dan matrikulasi.

***

Q : tanya dia , susah x blajar cardiologist ? can we do cardiology and thoracic together ? or do we have to take it individually ? tqvm 
A : Bila saya tanya kepada beliau hasrat saya untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang pakar. Tiba-tiba beliau tersenyum. Beliau berkata, dalam bidang perubatan ini ada tiga HALANGAN yang perlu ditempuh sebelum anda benar-benar layak menjadi doktor yang diiktiraf.

PERTAMA : Tatkala Foundation nanti (Matrik, IB, A-level dsb)
KEDUA : Dalam melengkapkan degree (MD, MBBS dsb). Kesabaran dan kecekalan amat diperlukan dalam masa 6 tahun ini
KETIGA : 2 tahun Housemanship (HO). 

Beliau kata, selepas anda habis ketiga2 halangan ini, selepas itu barulah anda jumpa saya dan kita akan bincang mengenai bidang pakar.

***

Q : Zahin , please ask him whether further studying abroad(oversea) secure medical job in m'sia? some people claimed that its susah sikit sebab penyakit kat luar negara x sama ngn penyakit kat m'sia.. so , ada yg kena buat balik HO 2 tahun pulak kat m'sia to adapt m'sians diseases..harap terungkailah persoalan ni.. muchos grasias 

A : Beliau amat menggalakkan students untuk habiskan study degree secepat yang mungkin di MALAYSIA dan sambung Master & PhD di oversea. Antara sebabnya ialah kita lebih matang untuk study di luar negara. Maksud matang di sini ialah, dengan basic knowledge ini degree yang kita belajar di Malaysia akan menjadikan kita lebih passion untuk menggali lebih banyak ilmu di Oversea. Then, hubungan kita dengan Prof di sana seperti kita dgn rakan bukan seperti anak murid dan tok guru. Plus, keadaan hidup kita lebih stabil dengan keluarga dan sumber kewangan yang kukuh. Aneys Nabella, tidak juga. Kerana ia bergantung dengan program apa yang anda ambil. Jika program twinning ia akan memberikan satu langkah bijak dengan menghabiskan 3 tahun klinikal (3 tahun akhir) di Malaysia. Kebanyakkannya medical students yang balik oversea akan ada satu exam sebelum mereka sambung HO di Malaysia.

***

Q : Salam. Tanye dia ap nasihat dia untuk bakal dktor ni, shud the students apply for this course or tak. Yelaa, org kata jd dktor takde life -.-' ok, thnks 

A : Prof kata, sabar wahai doktor.. Life kamu akan menjadi kosong dalam masa dua tahun sahaja (HO duration). Selepas anda mendapat pentauliahan sebagai doktor yang boleh merawat, pilih jalan mana yang kamu nak pilih; sambung master, setup klinik, buat locum (doktor yang bekerja secara sambilan di klinik lain), dsb.. Maka nikmatilah rezeki yang mencurah-curah (gaji tinggi) lantaran usaha dan penat lelah kamu semua.

***

Q : Hospital yg baik untul buat HO??bandar or luar bandar..
A : Depends to the person. HO ni kita boleh pohon nak di mana tapi yang menetukan ialah Kementerian Kesihatan Malaysia.

WALLAHUALAM. Go doctors go!



... muslimah awesOme ...


2 comments:

  1. ahmad zahin zulkipli jadi subjek? hm...okay setuju! ^___^

    ReplyDelete